Pengenalan Program
Apakah matlamat utama program Jom NGUPI ?
Program ini diwujudkan untuk membuka peluang perniagaan mikro kepada orang awam. Kami ingin membawa produk ZUS NGUPI® lebih dekat dengan komuniti setempat melalui konsep gerai yang lebih ringkas dan mampu milik.
Siapa yang layak memohon sebagai ZUSahawan?
Sesiapa sahaja yang mempunyai minat untuk berniaga dan bersedia untuk mengikuti standard yang telah ditetapkan oleh ZUS Commerce (M) Sdn Bhd (ZCM). Fokus kami adalah untuk membantu individu membina sumber pendapatan yang stabil.
Mengapa program ini menggunakan konsep stall atau gerai?
Konsep ini dipilih bagi membolehkan usahawan bermula dengan modal yang rendah tanpa perlu menanggung kos sewa kedai yang tinggi. Ia adalah model perniagaan yang lebih fleksibel dan mudah diuruskan.
Apakah bentuk sokongan yang akan diterima?
Selain dibekalkan dengan peralatan perniagaan, setiap ZUSahawan akan diberikan bimbingan melalui Account Manager (AM) serta SOP operasi yang lengkap bagi memastikan perniagaan berjalan lancar.
Pendaftaran & Peraturan Rasmi
Adakah program ini sah berdaftar di bawah ZUS COFFEE?
Ya. Pihak kami menyediakan dokumen POLISI dan SOP rasmi sebagai bukti program ini berada di bawah pengelolaan sah ZCM.
Adakah saya perlu menandatangani sebarang kontrak?
Tiada kontrak tetap yang mengikat. Walau bagaimanapun, DIWAJIBKAN mematuhi segala polisi yang ditetapkan oleh ZCM sepanjang menjalankan perniagaan.
Bolehkah saya menjalankan perniagaan di majlis perkahwinan atau acara luar?
Tidak dibenarkan. Jom NGUPI hanya dibenarkan beroperasi di lokasi asal yang telah dipersetujui oleh Account Manager sahaja.
Produk & Operasi
Bolehkah saya menggunakan resepi sendiri untuk bancuhan air?
Tidak boleh. Setiap ZUSahawan perlu mematuhi SOP bancuhan yang ditetapkan bagi memastikan standard kualiti dan rasa yang seragam.
Berapa lama air bancuhan boleh disimpan untuk jualan?
Air bancuhan mempunyai tempoh ketahanan maksima selama 12 jam sahaja.
Apa perlu dibuat sekiranya air bancuhan tidak habis dijual?
Air yang tidak habis dijual pada hari tersebut tidak dibenarkan untuk dijual semula pada keesokan harinya. Anda boleh membuat promosi atau agihan, namun kualiti harian adalah keutamaan.
Boleh saya jual makanan atau minuman lain di gerai yang sama?
Ya, boleh. Kami tidak mempunyai halangan sekiranya anda ingin menambah jualan sampingan lain di tapak perniagaan tersebut.
Harga & Lokasi
Berapakah harga jualan untuk setiap cawan?
Harga tetap yang ditetapkan adalah RM 3.90 secawan.
Bolehkah saya menukar lokasi perniagaan sekiranya perlu?
Boleh, namun anda perlu memaklumkan kepada Account Manager berserta sebab yang munasabah sekurang-kurangnya 3 hari sebelum berpindah lokasi.

Partner with us. Be an Authorized Zusahawan
By joining Jom Ngupi, you become an authorized Zusahawan with the support of ZUS Coffee.
Register Now














